lovedrkucing
Tuesday, 26 March 2019
Friday, 13 October 2017
KUCING ANDA BERLAMBAK???????
ADAKAH INI YANG BAKAL BERLAKU KEPADA ANDA????
Inilah yang berlaku kepada anda pemilik kucing yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal populasi kucing di rumah anda.
Cuba bayangkan jika dirumah kita
mempunyai sebanyak ini kucing dan ini berlaku akibat kita terlalu kasihankan
kucing itu untuk di mandulkan.
“Kasihan kucing tu, mesti dia pun
rasa perasaan nak kahwin dan melahirkan anak…” ini adalah antara alasan pemilik
kucing yang kasihankan nafsu kucingnya tidak terbela.
Tapi apabila kucingnya kawin dan melahirkan
anak sehingga 5-6 ekor, mereka bising pula dan ada yang tergamak membuang
kucing itu dipasar.
“Asyik beranak ja. Banyak pulak tu.
Kalau seekor takpela nak bela..” itu alasan mereka apabila membuang kucing yang
mereka sudah pelihara dari kecil.
Sampaikah hati kita untuk melihat
kucing kita terbiar dan tidak terurus. Selalu kita sediakan makanan untuk
mereka, kini dengan perlu menjaga anak-anak kucing yang masih kecil, mereka
perlu merayau-rayau mencari makanan kerana kelaparan.
Kadang-kadang ada yang kasihan,
memberi mereka makanan tetapi kebanyakan hanya memandang sepi pada
kucing-kucing yang merayau mencari makan ini. Meow meow meowww…. Mereka merayu
pada manusia yang mempunyai akal dan fikiran ini untuk memberi sedikit ehsan
pada mereka yang kelaparan ini.
Adakah kita ingin menyalahkan orang
yang lalu lalang di pasar untuk membeli barangan harian?????
Apa salah mereka????? Patutnya diri
kita yang perlu dipersalahkan!!!!!
Kita yang kasihankan kucing itu tidak
mengawan, kita yang biarkan dia biang dan mengawan dengan kucing kita.
Kadang-kadang bukan kucing jantan
kita yang punya angkara, kucing jiran, kucing lorong belakang, kucing taman
sebelah yang punya angkara. Mereka hanyalah seekor binatang yang tiada fikiran
tentang baik ke buruk merogol kucing kita. Dia tak fikir, nanti lepas aku rogol
kucing betina siapa yang akan jaga anak-anak itu. Nama pun kucing kan..
Jadi kita yang mempunyai akal
fikiran yang dianugerah oleh Allah inilah yang perlu mengambil langkah
berjaga-jaga atau pencegahan.
Jangan memandang enteng dengan setiap sebab yang kita perlu
fikirkan dan fahamkan kenapa pemandulan ini sangat digalakkan untuk mengawal
populasi kucing kita dari 1 ekor menjadi puluhan ekor dalam beberapa tahun
sahaja.
Jika ternakan, apabila dibela banyak, keuntungan kepada
penternak kerana dapat menjual ternakan tersebut tapi jika kucing dibela
terlalu banyak TANPA KAWALAN boleh memudaratkan ekonomi dan juga social
kehidupan keluarga kita.
Hukum Memandulkan Kucing
Ramai yang masih was-was, apakah hukum mengembiri kucing.
Mereka berasa berdosa jika melakukan pengembirian kucing ini.
Sebenarnya, Majlis Fatwa, JAKIM telah mengeluarkan hukum
pada tahun 2002, lebih 13 tahun lalu
bahawa mengembiri kucing adalah HARUS untuk kebaikan bersama.
Kita bukan menafikan keperluan nafsu kucing tapi cuba
bayangkan jika kita terlalu melayan perasaan kasihan kucing untuk membela nafsu
mereka yang tersekat tapi rela menjaga 24 ekor kucing dari satu ibu yang sama
dalam masa setahun dan kita tidak mempunyai ruang dan sumber kewangan yang
mencukupi untuk memberi rawatan pencegahan.
Rutin suntikan imunisasi, nyah cacing dan nyah kutu tidak
dapat dilakukan secara berkala dan akhirnya kucing-kucing yang kita pelihara
tidak terbela kesihatannya dan ada yang menghembuskan nafas yang terakhir
akibat penularan penyakit yang tidak dapat dikawal akibat kucing terlalu
banyak.
Kucing yang terlalu banyak menyebabkan mereka bergaduh
sesama sendiri untuk berebut ‘kawasan’ masing-masing, terutamanya kucing
jantan. Mereka akan bergaduh sesame sendiri dan ada yang luka-luka akibat kesan
dari pergaduhan. Sampaikah hati kita melihat kucing kesayangan kita luka-luka
seluruh badan.
Lakukanlah sesuatu agar keselamatan dan kesihatan kucing
kita terpelihara.
KLINIK VETERINAR CHINTA QAEH
FB: @cipunkiko
066014946
0176833262
Subscribe to:
Comments (Atom)


