Friday, 13 October 2017

KUCING ANDA BERLAMBAK???????

ADAKAH INI YANG BAKAL BERLAKU KEPADA ANDA????

Inilah yang berlaku kepada anda pemilik kucing yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawal populasi kucing di rumah anda.

Cuba bayangkan jika dirumah kita mempunyai sebanyak ini kucing dan ini berlaku akibat kita terlalu kasihankan kucing itu untuk di mandulkan.

Kasihan kucing tu, mesti dia pun rasa perasaan nak kahwin dan melahirkan anak…” ini adalah antara alasan pemilik kucing yang kasihankan nafsu kucingnya tidak terbela.

 Tapi apabila kucingnya kawin dan melahirkan anak sehingga 5-6 ekor, mereka bising pula dan ada yang tergamak membuang kucing itu dipasar.

“Asyik beranak ja. Banyak pulak tu. Kalau seekor takpela nak bela..” itu alasan mereka apabila membuang kucing yang mereka sudah pelihara dari kecil.


Sampaikah hati kita untuk melihat kucing kita terbiar dan tidak terurus. Selalu kita sediakan makanan untuk mereka, kini dengan perlu menjaga anak-anak kucing yang masih kecil, mereka perlu merayau-rayau mencari makanan kerana kelaparan.




Kadang-kadang ada yang kasihan, memberi mereka makanan tetapi kebanyakan hanya memandang sepi pada kucing-kucing yang merayau mencari makan ini. Meow meow meowww…. Mereka merayu pada manusia yang mempunyai akal dan fikiran ini untuk memberi sedikit ehsan pada mereka yang kelaparan ini.


Adakah kita ingin menyalahkan orang yang lalu lalang di pasar untuk membeli barangan harian?????
Apa salah mereka????? Patutnya diri kita yang perlu dipersalahkan!!!!!
 Kita yang kasihankan kucing itu tidak mengawan, kita yang biarkan dia biang dan mengawan dengan kucing kita.


Kadang-kadang bukan kucing jantan kita yang punya angkara, kucing jiran, kucing lorong belakang, kucing taman sebelah yang punya angkara. Mereka hanyalah seekor binatang yang tiada fikiran tentang baik ke buruk merogol kucing kita. Dia tak fikir, nanti lepas aku rogol kucing betina siapa yang akan jaga anak-anak itu. Nama pun kucing kan..


Jadi kita yang mempunyai akal fikiran yang dianugerah oleh Allah inilah yang perlu mengambil langkah berjaga-jaga atau pencegahan.


Jangan memandang enteng dengan setiap sebab yang kita perlu fikirkan dan fahamkan kenapa pemandulan ini sangat digalakkan untuk mengawal populasi kucing kita dari 1 ekor menjadi puluhan ekor dalam beberapa tahun sahaja.
Jika ternakan, apabila dibela banyak, keuntungan kepada penternak kerana dapat menjual ternakan tersebut tapi jika kucing dibela terlalu banyak TANPA KAWALAN boleh memudaratkan ekonomi dan juga social kehidupan keluarga kita.



Hukum Memandulkan Kucing


Ramai yang masih was-was, apakah hukum mengembiri kucing. Mereka berasa berdosa jika melakukan pengembirian kucing ini.


Sebenarnya, Majlis Fatwa, JAKIM telah mengeluarkan hukum pada tahun 2002, lebih 13 tahun lalu  bahawa mengembiri kucing adalah HARUS untuk kebaikan bersama.


Kita bukan menafikan keperluan nafsu kucing tapi cuba bayangkan jika kita terlalu melayan perasaan kasihan kucing untuk membela nafsu mereka yang tersekat tapi rela menjaga 24 ekor kucing dari satu ibu yang sama dalam masa setahun dan kita tidak mempunyai ruang dan sumber kewangan yang mencukupi untuk memberi rawatan pencegahan.


Rutin suntikan imunisasi, nyah cacing dan nyah kutu tidak dapat dilakukan secara berkala dan akhirnya kucing-kucing yang kita pelihara tidak terbela kesihatannya dan ada yang menghembuskan nafas yang terakhir akibat penularan penyakit yang tidak dapat dikawal akibat kucing terlalu banyak.


Kucing yang terlalu banyak menyebabkan mereka bergaduh sesama sendiri untuk berebut ‘kawasan’ masing-masing, terutamanya kucing jantan. Mereka akan bergaduh sesame sendiri dan ada yang luka-luka akibat kesan dari pergaduhan. Sampaikah hati kita melihat kucing kesayangan kita luka-luka seluruh badan.


Lakukanlah sesuatu agar keselamatan dan kesihatan kucing kita terpelihara.


 Nukilan hati,

Dr Azliza binti Ahmad
KLINIK VETERINAR CHINTA QAEH
FB: @cipunkiko
066014946
0176833262

No comments:

Post a Comment